Sunday, November 05, 2006

Bolehkah Kristian Berbuah??

Pernahkah anda mendengar lagu ini :

Yesus pokok dan kita cabangNyaTinggalah di dalamNya,
Yesus pokok dan kita cabangNyaTinggalah di dalamNya,
Yesus pokok dan kita cabangNyaTinggalah di dalamNya,Pastikan kau akan berbuah

Yesus cintaku, ku cintakau, kau cinta dia,
Yesus cintaku, ku cintakau, kau cinta dia.

Yesus pokok dan kita cabangNyaTinggalah di dalamNya,
Yesus pokok dan kita cabangNyaTinggalah di dalamNya,
Yesus pokok dan kita cabangNyaTinggalah di dalamNya,
Pastikan kau akan berbuah

Lagu ini memang tidak asing bagi mereka yang mengemarkan lagu rohani dalam BM.
Jika anda berpeluang memasuki dusun-dusun pokok durian, air liur anda akan terkeluar memandangkan buah yang besar. Anda juga boleh berbau buah itu. Dalam fikiran, bolehkah saya memakannya.Dilihat juga ranting-ranting (cabang) yang berbuahkan durian. Ada yang berbuahkan banyak, ada yang sedikit. Apa yang pasti binatang serta manusia dapat makannya.


Dalam AlKitab ada tertulis bahawa Yesus itu pokok dan kitalah cabangNya. Cabang tidak dapat berbuah kalau diasingkan dari pokok itu. Pokok itulah yang membekalkan air serta mineral bagi buah durian itu.Yesus menyarankan agar pengikutnya bersatu dalamNya. TanpaNya, kita tidak dapat berbuah. Memanglah Kristian bukanlah berbuah durian, rambutan dan sebagainya tetapi berbuah yang dapat membawa kebaikkan serta keberkatan bukan sahaja pada dirinya malah untuk orang lain. Yesus juga menegaskan kalau cabangNya itu tidak berbuah ia akan dipotong dari pokok itu dan dibuang.

Apakah ajaran Yesus agar kita dapat bersatu denganNya? Pada pandangan saya untuk berbuah kita kenalah 1. Kasih Tuhan, 2. Kasih orang lain walaupun bukan Kristian.Dalam mengasihi Tuhan, kita kena tekun berdoa, memuji kebesaran Tuhan. Dengar dan baca firman Tuhan yang tertulis dalam AlKitab. Firman Tuhan dalam AlKitab tidak berubah walaupun bumi serta isinya berubah.A Firman Tuhan kekal selamanya.

Oleh itu sebagai umat Kristian. kita bukan sahaja mendengar serta membaca tetapi taat firmanNya serta lakukan apa yang diperintahkan Tuhan.Kita kenalah mengasihi orang lain seperti Yesus mengasihi kita. Dia mengasihi kita sehingga mengambil hukuman dosa yang seharusnya dijatuhkan kepada kita. Sewaktu kita dalam dosa, Tuhan menunjukkan kasihNya kepada kita, Yesus disalibkan. Kasih Tuhan kepada kita tiada syaratnya. Dengan ini kita kena mengasihi orang lain dengan membantu mereka. Bagi kawan yang sakit, kita berdoa. Bagi mereka yang lapar, kita berkongsi makanan. Kita boleh menjadi penghibur untuk mereka yang sedih. Demikianlah kasih Tuhan disinar melalui kasih kita kepada orang lain.

Inilah perintah Yesus kepada kita dalam Yohanes 15:10 : Inilah perintahKu : Saling kasih mengasihi antara satu sama lain seperti saya mengasihimu.

~Taken from Hawariyun's blog WITHOUT permission~
wasSup Doc : Loving God, Loving people....That's the command from our heavenly Father. It's hard though to love your enemies, but wat to do, we really have to forgive and forget. There is no enemy in this world bacause the biggest enemy is U, yourself! The feeling of hatred is burdening, why dun we just change the hatred to love instead, it will make our lives happier...dun you think so?

3 comments:

Jeremy Nunis said...

Tak biasa aku baca dalam BM :)I like that song tho..

denise said...

i know how to sing that soooooong!
haha..got some action too rite? =P

wah...angie, your BM memang power!

sharon said...

heyyyy...
this song is sang by the kids in my church la :P
i know the actions to it!! :))